E-Book

Google+ Followers

Thursday, February 9, 2017

Manis manis ayam

"Mak, adam nak ikut mak solat kat atas"
"Ok, jom"


Sejak kebelakangan ni, adam memang suka follow aku solat.
Sibuk carik mana kopiah dia, sebab dia kata, tok ayoh cakap orang lelaki kalau nak solat kena pakai topi solat. 

"Mak tak pakai topi solat ke?"
"Mak perempuan, tak pakai kopiah"
"Mak pakai apa tu?"
"Telekung"
"Oh.. adam pakai topi solat ni"

Hari berikutnya, masa solat sebelah aku, aku perasan dia ikut semua step dari berdiri tegak, rukuk, sujud.. semua dia ikut, tapi mata dia pandang je kat aku.

Allahu anak, mak kau ni dahlah iman nipis, terganggu khusyuk mak..huhu

Usai solat, salam dan peluk, dia duduk atas riba.

"Mak cakap-cakap apa masa solat tu, adam tak dengar"
"Oh, mak baca alhamdulillah (al-fatihah) tu. Kejap lagi mak nak solat isyak, adam nak ikut tak?"
"Nak"
"Ok, nanti masa berdiri tu, letak tangan kat perut. Lepas tu, adam pun baca alhamdulillah tau"
"Oh baca alandulilah ke. Adam pandai"
"Ok, nanti adam baca tau"


Jadi, masa aku nak solat isyak, dia pun ikut aku naik sama.

Masa aku angkat takbir, dia berdiri sambil pandang aku.

"Awahkebat", gittew anak aku angkat takbir..haha

Aku baca iftitah dengan alfatihah, dengarlah dia baca al-fatihah walaupun sekerat. 
Sebab lepas tu dia pergi merata mana tah. Masa aku baca surah, dia datang balik berdiri sebelah.
Dia tengok je muka aku.

Usai solat, salam dan peluk, dia terus tanya.

"Mak, lamanya mak baca alandulilah (alhamdulillah)"
"Oh, lepas baca alhamdulillah, mak baca surah pendek."
"Apa tu mak?"
"Nanti mak dan ayah ajar adam ye?"
"Ok ok, nanti adam pun baca ye mak"


Hari yang lain, waktu maghrib, dia ikut jugak.
Mula-mula nak solat dengan ayah, tapi amir kacau dia, dia ikut aku solat kat atas.

Proses yang sama, dia amek wudhu' cara dia, pakai kopiah, berdiri atas sejadah sebelah aku.
Tanya soalan yang sama, mak pakai apa tu, dan sama jugak, dia mulakan solat dengan awahkebat sambil tengok muka aku.

Nampak macam hari-hari yang lain.
Tenang.

Tapi, sejurus je dah baca separuh dari surah pendek, adam yang dari tadi pandang muka aku, mula memperkemaskan kiam kat tangan dia sambil kepala dia arahkan ke depan.

Sayup-sayup kedengaran adam alunkan bacaan.

"Da da di di du di da da di da di, terima kasih daun keladi.. da da di di du di da da di, aku sudah jatuh hati.."

Sekali dia nyanyi lagu Nurshila Amin la pulak.. T__T
Dia memang suka nyanyi lagu tu, agaknya tiap-tiap kali naik kereta, bila kami bukak Sinar FM, ada lagu tu..wuwuwu..

Ku nak ketawa sangat-sangat tapi ku tahan jebat!

Tarik nafas dalam-dalam...hembus... dan teruskan rukuk, sujud, dan masuk rakaat kedua.
Adam follow.. 
Aku steady..

Masuk je part surah pendek rakaat kedua, dia perkemaskan kiam dia lagi sekali.
Dub dab dub dab jantung aku..
Aih, dadadi didu lagi ke si adam ni?

"Matanya milip milip selalu, rupanya manis manis ayam.. matanya milip milip selalu, rupanya manis manis ayam"


hahahahahah!

Berdekah mak masa solat.
Tewas akhirnya!
Akhirnya batal jugak solat mak..adoilah anak..

Adam nyanyi tu mak rasa boleh kawal lagi, tapi part rupa manis manis ayam tu mak tak tahan wahai anak.. huuu... 



Suka hati kau je tukar lirik lagu Rahimah Rahim tu anak oi..

Jauh di sudut hati mak, harapnya adamlah yang akan imamkan solat jenazah mak nanti..
Insyaallah..


Haih berbalik kepada lirik, macam manalah rupa awek manis manis ayam tu adam..hahaha

Wednesday, February 8, 2017

Ampun

Aku baru perasan, dua entri latest aku sebelum ni pasal taik anak.
Hahaha..

Maaf semua.

Banyak cerita lain, tapi bab tu jugak aku nak abadikan dalam blog.
hehe..

Sorry.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...